SEKILAS PANDANG

By Pondok Ailan - January 24, 2017

Nih kaweh nok cite sikit pasal pusat perkelahan paling fames sekali kat Raub nie.. kalu sebut je semua orang Raub tau..mana idoknye..situlah tempat deme rehat-rehat bawok anak bini, cikgu bawok anak murid, tempat orang buat rombongan, berkhemah, motivasi dan macam-macam lagilah. tempat nie dari bandar Raub doklah jauh sangat dalam 20km jer..terletaknya disebuah mukim yang bernama Ulu Dong. Tempat dia memang indah dan nyaman..air terjun dia memang sejuk gila, tapi memang syoklah duk lepak-lepak kat sini. 

Apa bezanya Pulau Chekas ngan Lata Jarum? haaa... Pulau Chekas nie dia macam pulau sikit, pasal kedudukannya betul-betul berada di tengah-tengah sungai yang mengalir, kat sini airnya taklah dalam sangat dan memang sesuailah kalau nak bawak anak-anak main kat sini..disini juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas dan surau..terdapat juga kemudahan padang mini, gelungsur air, serta seba sedikit taman permainan kanak-kanak.

Kalau nak tahu, Lata Jarum pula kedudukannya atas sedikit daripada Pulau Chekas, tempat nie memang top jugak pasal disini terdapatnya air terjun yang bleh tahan lah tingginya, dan air kat sini agak dalam dan tak berapa sesuai untuk kanak-kanak..tapi nak mandi boleh jugak..pilihlah tempat yang tak dalam...kemudahan disini sama juga macam kat Pulau Chekas tadi..Apa pun cerita banyak tak guna..nak tau datanglah sendiri kat sini..baru bleh tau kenikmatannya..lagi elok kalau nak datang, datanglah pada musim buah..memang banyak buah yang anda boleh bawak balik..terutamanya durian..bodek-bodeklah orang kat sana..mana tau dapat free..jangan risau..orang Raub semuanya baik-baik dan pemurah...




Pulau Chekas




  • Share:

You Might Also Like

0 comments